Saturday, May 26, 2012
you wearing that? #1
Sunday, April 22, 2012
lunch time to munch
| Reactions: |
Tuesday, April 3, 2012
Dua Puluh Tujuh.


Sudah berada di dalam golongan late twenties. Sedikit menakutkan apabila melihat diri yang masih statik dan masih banyak ruangan check box things to do before 30 masih kosong tanpa sebarang progress. Sesuatu yang major harus dilakukan!
Tiada sebarang big celebration kali ini. Kadang-kadang rindu zaman kanak-kanak. Dapat birthday cake dan hadiah stationeries dari kakak-kakak tu pon dah kira nikmat yang tidak terhingga. Esok pagi sekolah beriya bawak stationeries baru bangga tunjuk kat kawan-kawan..haha showing off.
Untung jadi kanak-kanak. Semua occasions rasa seronok..name it lah..apa aje. Hari Raya yang paling utama, kenduri kahwin, even kenduri arwah pon boleh happy sebab boleh main jumpa sedara mara..irony, apa jua kenduri, party Tupperware para ibu kita happy jumpa kawan-kawan, hari sukan, hari kantin, malah main tiap-tiap petang tu pon sudah cukup menggembirakan.
Mungkin kerana masa tu kita tidak punya perkara serius untuk difikirkan. Paling teruk pon fikir macam mana nak buat kerja sekolah, kasut sekolah lupa basuh, tadi lupa mak pesan suruh tolong basuh pinggan.. Tiada bil untuk dibayar, tiada kereta untuk dibayar ansuran bulanan, service, tol, petrol, tiada mulut yang hendak disuap makan, tiada nafsu hendak beli make-up Estee Lauder, tiada hutang pelajaran (sebab masa xpernah tahu masuk university kena guna duit banyak sampai perlu berhutang), tiada hutang sana sini. Hidup saya ketika itu simple. Stress itu apa?
Hari ini saya sudah tahu. ‘Stress’ itu adalah makanan ruji selain nasi. Dan untuk mendapatkan walau sesuap nasi pon, stress juga yang perlu dijamah dahulu.
Hidup memang ironi.
Sudah 27 tahun saya menghirup udara di bumi Allah ini. Menikmati setiap nikmat kurniaan yang Dia beri. Syukur..dan sepatutnya lebih bersyukur tidak harus menjadi kufur. Saya minta hidup yang lebih diberkati, ditunjukkan jalan, diberikan ilham apa yang sebenarnya saya ingini.
Ameen.
Thursday, March 29, 2012
Melaka & Manusia
Hari ni demam dan sakit-sakit badan.
Dah tuaa..
Hari tu pergi Melaka jumpa Anis dan juga sebenarnya misi untuk mencari hala tuju hidup. I just fell in love with the city senang cerita.
Anis is my school mate merangkap dorm mate, kami dan beberapa orang yang lain memang sangat rapat masa sekolah. Sama-sama merangka impian masa depan. Walau separuh daripada rangka tinggal rangka, janji kita masing-masing bahagia dengan hidup masing-masing. Anis share the same passion as mine, art. As far as I remember, our first conversation dulu-dulu bermula bila tengok artwork masing-masing dalam buku biodata our junior..(buku biodata..haha..kelakar..)
Banyak sembang benda dengan Anis, lots of things to catch up. Last sekali jumpa masa open house last Aidilfitri. Sembang dari soal kerja, masa depan, politik ofis, her artwork, history, books, even dia sempat sketch a house yang mana both of us sangat suka dengan idea seni bina rumah Melaka. As a curator herself, Anis share lots of her knowledge pasal history and architecture in Malaysia.
On her way sending me back to Melaka Sentral, akhirnya sampailah ke pada perbualan kami bercerita mengenai perihal perangai manusia yang macam-macam jenis. I said to Anis, “Serious weh, kadang-kadang aku memang xfaham kenapa ada orang perangai macam tu?” Anis just gave me one simple answer, “Diorang bagi warna dalam hidup kita. Kalau semua manusia dalam dunia ni sama je, hidup jadi plain, flat, kosong.”
Anis mungkin betul. Manusia itu variety.
Hidup warna-warni.




BOSAN
Bosan.
1) Cerita Si Lelaki proposed Si Perempuan yang amatlah jelas dan nyata nampak pre-scripted. Pftttt..Bosan. Tak kisah laa siapa-siapa yang nak tabik spring kat dia pasal sanggup on his knee proposed..Tak ikut budaya Melayu ke apa.. *yawn..BOSAN
2) Cerita pasangan yang sama sanggup pergi kursus kahwin even sebenarnya sengsara demam denggi. Benda macam ni pon nak cerita. Motif? Nak tunjuk kau sanggup berkorbann? BOSAN
3) Cerita pergi honeymoon. Astro buat duit. Artis buat duit. Kita nganga. *huarghh BOSAN
4) Cerita Si Tudung Separuh kemaruk nak collaborate dengan artis luar..percubaan nak bagi orang bertambah impress. Ade aku kesah artis Malaysia mana nak collaborate dengan siapa-siapa pon. No money no song. BOSAN
5) Cerita Si Artis nak rumah PPR dan supaya dibenarkan menggelapkan cermin kenderaan. Banyak lagi benda yang boleh diperjuangkan bang oiii… BOSAN
6) Cerita Si Paling Mangkuk, susah bangun pagi sebab terkena buatan orang. HA? HA? *SUPER DUPER BODOH BOSAN.
Banyak lagi benda yang bosan. Tapi nak share pon bosan.
Ok, dah.
Friday, February 24, 2012
Memo # 2
Entry ini bersambung dengan yang sebelumnya.
Kejadian datang berturut-turut. Lautan hormone bergelora.
Saya manusia biasa. Tidak kebal. Telinga saya bukan sound proof. Mata saya bukan buta. Hati saya bukan kuat mana untuk katakan saya ok. Tidak sakit apa-apa.
Saya ini jenis manusia yang susah lupa.
Lagi-lagi bila saya luka.








