Friday, December 26, 2008

I MISS HER!


It’s been a week already…

I knew she’s lonely

I knew she miss me too

That’s why she keep on calling me everyday

I understand the voice tone…

Fully understand actually

I love you

Even more than I love myself…

Life is forcing me to choose this ‘way’


To be away from you

But not to forget you…

JATUH-USELESS-BANGUN

Pernah tak dalam kehidupan anda ini…kadang kala atau bila tiba saat-saat tertentu anda merasakan diri anda ini langsung tidak berguna. Lebih teruk lagi, kehidupan menghukum anda dengan teruk di atas kesilapan dan kealpaan yang pernah dilakukan satu ketika dahulu.

Sebelum ni pernah…tetapi semalam adalah yang paling terbaru…

CZ mengerti dan tersangatlah memahami bahawa kehidupan kita di muka bumi ini ada jatuh dan bangunnya. Segala benda pasti ada pasangannya, jika lelaki ada perempuan, malam ada siangnya, bulan ada bintangnya dan jatuh itu pasangannya ialah BANGUN! dan bangun itu kekasihnya ialah jatuh...

Cuma apa yang CZ sering fikirkan ialah, proses bagaimana untuk bangun setelah jatuh. Ia bergantung kepada diri setiap individu, dan tahap kejatuhan itu sendiri, mungkin ada yang mengambil masa hanya sesaat, seminit, sehari, seminggu, sebulan ataupun mungkin ada yang mengambil masa bertahun lamanya…Tak kisahlah, janji kita mampu bangun kembali. Itu yang paling penting…

CZ mengaku yang CZ ini jenis manusia yang self-motivated, tetapi sebagai manusia biasa ada kalanya CZ juga tidak mampu dan buntu mencari jalan untuk memotivasikan diri sendiri.

Sudahnya…CZ diam dan asyik termenung

Kualiti sebenar seseorang manusia itu terletak di mana ya?

Iman yang kuat?
Akal yang bijak?
Hati yang bersih?
Kesabaran yang tinggi?
Pengalaman hidup yang banyak?
Ilmu yang luas?
Tubuh yang gagah perkasa?
Harta yang tinggi menggunung?
Akhlak yang sempurna?
Rupa paras yang menawan?

CZ tidak ada jawapan…entah lah…mari kita fikirkan bersama.

Wednesday, December 24, 2008

MAKAN...MAKAN...

Semalam..the 2nd day of the Semester
Keluar pi makan dengan wani.atun.intan n aya..
lima orang semuanya...emmm..
rasa cam xlengkap..
kan best kalau Fana n Ayu ade kat sini...

Friday, December 12, 2008

FROM MY HUMBLE EYES





KENAPA DENGAN LELAKI ITU?


Pada mata kasar CZ lelaki itu kelihatan sempurna sekali…dia berwajah sederhana tetapi memiliki sepasang mata coklat yang hampir2 buat CZ tidak lena tidur malam. Dia beritahu CZ yang dia punya kekasih hati yang akan dia cinta sampai mati.(CZ sedikit kecewa, tapi CZ kagum dengan wanita kekasih hatinya itu). Dia beritahu CZ lagi yang dia kadangkala kebosanan melayan telatah kekasih hati yang digelarkannya sebagai ‘ego’. Lalu dia mahu mencari sedikit kasih sayang, rindu dan cinta daripada perempuan lain. Pelik kan, tadi dia beritahu yang dia akan sayang kekasih hatinya sampai hembusan nafasnya yang terakhir dan kali ini dia mahu pula mencari kasih sayang yang lain.

Kenapa dengan lelaki itu?

Lelaki itu bercerita lagi pada CZ...kekasih hatinya itu seorang perempuan yang sudah bertahun dikenalinya, mereka berdua sudah langsung mengikat pertunangan tetapi belum muktamad mencari tarikh perkahwinan. Katanya lagi, kekasih hatinya itu jenis perempuan yang terlalu sukar untuk mengucapkan kata-kata rindu, cinta dan sayang pada dirinya, sedangkan lelaki itu terlalu memerlukan itu semua. Emm...pelik...mereka sudah bertahun bersama, bergelar sepasang kekasih. Tetapi kenapa sebelum ini masalah itu langsung tidak pernah ditimbulkan oleh lelaki itu. Kalau lah benar dia terlalu memerlukan ucapan sayang, rindu dendam...kenapa tidak dari dulu?kenapa ianya harus berlaku sekarang?

Kenapa dengan lelaki itu?

Lelaki itu kali ini berhujah...katanya semua lelaki secara semulajadinya, sains juga telah membuktikan bahawa lelaki memang memerlukan lebih daripada seorang perempuan dalam hidupnya. Yakni dengan kata lain, semua lelaki di dalam dunia ini perlu berPOLIGAMI. CZ terdiam lalu terus mendengar. Lelaki itu menyambung lagi, dia mahu menjalin SKANDAL dengan perempuan yang sanggup meluangkan masa untuk memberinya kasih, sayang, rindu dan cinta. Kali ini CZ terkesima lalu ternganga....

Kenapa dengan lelaki itu?

CZ bertanya pula kali ini, tidakkah dia rasa yang semuanya ini boleh dianggap sebagai satu pengkhianatan buat kekasih hatinya? Katanya tidak, selagi mana kekasih hatinya itu tidak mengetahui perkara itu semua. Dia menambah pula, katanya apa yang paling penting ialah dia sangat menyayangi kekasih hatinya itu dan mereka akan berkahwin tidak lama lagi. So, no big deal lah!...bukannya dia mahu meninggalkan kekasih hatinya itu pon. CZ bertanya lagi, habis tu si perempuan yang lagi satu ini pula statusnya bagaimana? Lelaki itu menjawab, depends kepada keadaan semasa dan akan datang. Dia dan si perempuan ini hanyalah skandal, teman tapi mesra, mungkin kalau perlu dan keadaan mendesak, mereka mungkin akan kahwin...(di Thailand barangkali)

Berharian CZ duduk termenung memikirkan perihal lelaki itu. Kasihan pon ada pada kekasih hatinya itu, belum lagi apa2,mendirikan rumah tangga pon belum, si bakal suami sudah mencari jalan menagih kasih di luar. Isu poligami tidak memainkan peranan besar di sini. Bagi CZ, cerita ini adalah cerita tentang erti sebuah kesetiaan dalam cinta. Kalau difikir-fikirkan balik, memang takut CZ nak kahwin. Takut-takut terjumpa jenis lelaki seperti itu. Sumpah setia cinta ke akhir hayat, pengkhianatan terjadi belum sempat sampai ke hujung jalan..Pesan CZ buat si lelaki, pengkhianatan itu terlalu luas skopnya..fikir-fikirkanlah..

Dia lelaki yang pelik..
Emm...semua lelaki dalam dunia ini pelik...
Ahh..per'sampah'kan itu semua...

SAYA INI ORANG KAMPUNG


Ya! Tepat sekali…saya ini sememangnya orang kampung yang terlalu banyak menghabiskan masa tinggal di Bandar. Bukan kerana saya memilih kehidupan sebegitu, tetapi keadaan dan keperluan hidup yang mendesak saya untuk berbuat begitu. Sejak zaman sekolah menengah, apabila saya melangkah keluar dari rumah untuk berhijrah mencari seberkas ilmu pengetahuan, masa kehidupan saya kebanyakannya di habiskan di tempat orang berbanding di rumah saya sendiri.

Saya ini orang kampung yang masih selesa berkain batik, mengunjungi jiran tetangga, berbasikal keliling kampung, masuk parit mengutip kangkung dan macam-macam lagi. Kini, mungkin atas sebab pengaruh sekeliling, maka keadaan saya sekarang tidaklah terlalu ‘pure’ kampung. Saya sudah pandai menilai fashion “the do’s and dont’s” saya sudah tahu menyebut Salvatore Ferragamo, Prada, Gucci, Bottega Venetta, Louis Vuitton, Versace, Christian Lacroix, Laboutin, Jimmy Choo, Dior, Sonia Rykiel, Roberto Cavalli, Fendi, Vera Wang dan pelbagai lagi. Saya juga sudah tahu fashion di barat itu berubah dan bertukar secara asasnya 4 kali setahun mengikut urutan 4musim. Saya juga tahu yang fashion kasut ‘Gladiator’ adalah yang paling ‘in’ ketika ini. Saya juga sudah tahu serba sedikit cara membezakan segala apa yang original dan ‘imitation’. Saya belajar bahawa untuk mendapat hasil solekan yang cantik menawan, segalanya harus bermula dengan penjagaan kulit yang teratur. Saya sudah memasang angan-angan untuk memiliki sepasang sepatu Stuart Weiztman suatu hari nanti andai punya rezeki lebih. Yang paling penting sekali, saya sudah tahu cara untuk tidak membuatkan diri saya mangsa fashion ataupun menjadi hamba kepada jenama.

Berbalik kepada isu orang kampung kita tadi, pernah saya terdengar kata-kata seseorang “Biar diri ni orang kampung tetapi kita kena berfikir macam mana orang bandar berfikir”. Sejurus mendengar ayat itu, minda saya tertanya-tanya, apa benar orang kampung itu terlalu kolot dan sempit fikirannya manakala orang bandar itu berfikiran luas lagi bijak? Ya, mungkin ada benarnya tetapi ayat tersebut tidak sepatutnya diaplikasikan secara kolektif. Arwah Tok Wan saya seorang anak kampung jati, kalau disoal padanya mengenai World War, Adolf Hitler, Saddam Hussain, Imam Al-Ghazali, Hamka, mana-mana tokoh politik zamannya, sejarah politik Malaysia, Malayan Union, Buku Malay Dilemma karya Tun Dr Mahathir, pasti dijawabnya dengan bijak dan penuh penerangan. Arwah Tok Wan saya bukanlah orang bandar yang dekat dengan segala kemudahan seperti sekolah dan perpustakaan, dia hanya seorang nelayan tua yang biasa tetapi pada saya dia punya lautan ilmu yang sangat luar biasa.

Pernah juga saya jumpa orang yang mengaku dirinya orang bandar yang berfikiran terbuka dan moden, tetapi terbukti memiliki minda tahap kelas ketiga. Bagi manusia ini, perempuan melayu yang berbaju kurung adalah terdiri daripada perempuan kampung yang kolot lagi bodoh. Lihat, cara dia berfikir dan sikap prejudisnya itu sudah cukup mencerminkan tahap intelektual dirinya. Percayalah, stigma negatifnya itu tidak akan membawa dia kemana-mana. Mungkin impiannya setinggi langit, belum sempat mengecap awan, dia pasti akan tersungkur kembali ke bumi. Bagi diri saya, selagi mana kita tidak ingat asal-usul dan kesusahan yang pernah kita alami dalam hidup ini, selagi itulah kita tidak akan ke mana.Baik orang kampung ataupun orang bandar, kita semua sama. Kita semua bermula sebagai seorang manusia biasa sahaja. Apa yang membezakan seorang manusia dengan manusia yang lain adalah melalui cara bagaimana mana dia melihat kehidupan ini. Dia mungkin seorang yang hanyut dan rugi andai kehidupan ini dilihat sebagai ‘enjoyment’ semata-mata, dia mungkin seorang yang kurang beruntung andai dia 100% menolak kehidupan duniawi, dia mungkin seorang yang bijak andai dapat menilai keperluan duniawi dan juga ukhrawi.

Semasa saya berumur 12 tahun, setelah selesai menduduki peperiksaan UPSR, cikgu Bahasa Melayu saya pada ketika itu (Cikgu Zahari) sempat menulis satu nota di dalam buku laporan penilaian saya. Nota tersebut berbunyi begini;

“Senyum-senyum selalu, apabila menggapai bintang di langit, jangan sekali-kali lupa pada rumput di bumi.” Kata-kata itu saya semat dalam hati sampai sekarang.
Saya tetap anak kampung walau kepelusuk dunia mana pon saya pergi. Saya anak kampung yang penuh dengan impian dan harapan.

Ini pandangan saya, mungkin kamu punya sesuatu yang berbeza. Itulah manusia.


Sampai ketemu lagi!


(Al-Fatihah buat Allahyarham Tok Wan Amir dan Tok Ngah)

FRIENDS FOREVER

Huh! The title sounds very cliché… Sometimes, anything which is very cliché’, very typical, very stereo type…people love it very much… Then let me be one of them...a typical person who wants to say about something cliché. Huh? Let it be...

Friends come and go…just like the wind blows at the window…just like the rainbow after the rain…

I truly believe the true ones remain in our heart till we die. In this journey, I already met lots of friends, they come in different ‘shapes’ and variety of ‘colors’. Some of them are hypocrite, greedy, back stabber, not honest, be friend just because of interest and many more unpleasant attitude laa. BUT, instead of these ‘bad attitude’ people, I also met people who are very kind hearted, helpful, caring, funny + cool, and the most important thing is…they are HONEST. How do I know? My former teacher once said to me, honesty is something unseen but we still can feel it. How to feel it? Let your heart find the answer.

I only have quite a little number of good friends…unlike other people who have dozens of friends. But at the end of the days, when he/she suffered from trouble, the so called ‘friends’ disappeared. Good friends of mine are the group of ‘greatest’ people in this planet...hehehe... (see, all the darlings...don’t u guys feel honored?)

We laugh together, we cry together…even sometimes I also cry alone..hehe when it involved something which is very personal..(that’s normal I think) Overall, we share most of everything together.

The end of last semester, 4 of my friends already finished their study…Ruby, Fana, Aya and Ayu. I will miss them badly! I will! Even I will say to them, I won’t..hehehe. Let me introduce them to u, readers..


I knew her since form 4, same class and same dorm. My ‘snow white’ friend ni very naïve. Buat nakal pon selalu je kantoi masa sekolah dulu..hehehe. She is the sister of one Radio DJ..(saje nk promote). To guys, sorry she’s not available anymore! Ruby when can I eat nasik minyak?hehehe..

One of my cliché’ impression towards Fana is about her words “beyond my expectation/ below my expectation” Fuhhh….my ‘iron lady’ friend ni ade tendency untuk jadi manusia yang sangat workaholic masa keje nanti..take my words laa! (berani potong kuku!) If she tell u about any movie she already watched, u don’t have to watch the movie anymore laa..buang masa jer…Fana, nantilaaa ye I send to u card from Malaysia to Melbourne..hehe

We always call her ‘drama queen’…something great about her is she always trying not to be somebody else in many aspects of life..(fashion,style,handphone,cars,etc.). She is the icon in her own style…(confirm bangga gila ni!) Something terrible happened to her months ago, hopefully one day I will see her ‘old smile’ again…Aya, I know u are strong, at least u already show us that u are strong or likely to be strong.

Save the best for the last…hehehe…A Chinese look girl (Chinese half blood) with her pekat Penang accent. Huh! Can’t u imagine that? She’s very helpful person, kind hearted…xberkira…a good listener. Kalut melampau2…hahaha.. If anybody wanna ask about the ways to maintain long distant relationship, she’s pro with this…trust me babe!

FOR ME IT'S PRICELESS...

Assalamualaikum…

Cuti semester kali ni…CZ dah start bukak mesin jahit…as usual.nanti mak CZ mesti bising..sebab asyik memunggah kain2 lama dalam almari..abes bersepah. (Ala mak ni, nanti orang kemas laa balik…) Sambil bukak2 almari, terjumpa laa beberapa helai baju kebaya mak CZ yang sangat lah vintage…waaahhhh teruja! (bukan sebab ke’vintage’an baju2 tu, tapi sebab makk oiii keciknya pinggang mak aku ketika sudah beranak 3..cam besar budak darjah 6..gila arrr..) Rasa cam inferior sekejap dengan diri sendiri…huhu.
Pics kat bawah ni adalah several gambar baju2 kebaya tu..Fashionista + seksi gak mak CZ nih rupanya..hehe.

Setelah diteliti seni jahitan baju2 tu..CZ sangat kagum dan sekali lagi teruja.Jahitan tersangatlah kemas and very precise. Mak CZ cakap kalo Chinese yang jahit memang camtu…tapi upah dia xde laa mahal sangat kalo compare dengan zaman sekarang ni. Semuanya macam nak cekik customer..Fabrik pon memang sangat tinggi kualiti, bayangkan lah dah almost 40 years usia baju2 nih, tapi kain dia tetap elok Cuma ada some minor defects je laa..(defects yang dilakukan oleh Encik dan Puan Lipas yang xeducated)

Belek punya belek..mak CZ cakap dia nak bakar semua baju2 tu..dia kata buat penuh almari je..OMG! Whatt?..mak oii, warisan ni + classic…susah nk jumpe..pas dia cakap cam tu, CZ terus cakap kat dia yang CZ nak baju2 tu seme.jangan bakar..pastu mak terus senyum perli..(alaa…tau laa confirm orang xmuat nak pakai!)

CZ nak simpan baju2 nih..wat collection..kenangan..timeless tau!

Fashion juga adalah lambang peradaban sesebuah zaman…



among the collection...



and this one is my favorite one..


THE VIOLET KEBAYA

Hidup Ini Adalah Satu Cerita

Hidup saya,..hidup anda…dan hidup kita semua…kehidupan itu adalah satu cerita yang belum kita tahu akan kesudahannya. Mungkin cerita kita adalah cerita yang ‘happyy ending’ atau cerita yang penuh emosi, cerita tentang dendam, ataupon mungkin cerita sedih…apapon cerita kehidupan kita, yang penting sekali…hargailah kehidupan ini, kerana ia adalah satu anugerah yang Tuhan berikan.

“Life is a gift to yourself, so open it!”