Memang betul apa yang telah dipesan dan diceritakan selama hari ni…ia bukan hanya satu omongan kosong..ia adalah sebuah fakta yang sahih lagi benar. Selagi kita tidak melaluinya, maka selagi itulah kita tidak akan tahu realiti yang satu itu.
Dulu, saya mahu cepat-cepat menempuh alam pekerjaan..saya sudah tidak gemar digelar pelajar lagi. Saya mahu jadi seorang dewasa yang mampu hidup di atas usaha dan keringat sendiri dan boleh membuatkan Mak, Ayah dan keluarga saya gembira.
Saya mahu mencari rezeki, lantas mengumpulnya menjadi sebuah harta kekayaan yang tidak akan habis berbilang generasi. Saya mahu membeli segala yang saya impikan di dunia ini..DSLR yang paling canggih di dunia, mahu menyenangkan kehidupan keluarga, mahu beli segala macam designer handbag and shoes, bersuka ria bersama teman-teman tanpa perlu memikirkan soal kos dan budget, travel around the world ke mana-mana saja destinasi yang saya impikan, saya mahu melakukan apa sahaja yang saya suka tanpa memikirkan tentang duit walaupun sesaat…
Bak kata pepatah Orang putih, yang saya cuba translatekan…even ianya bakal berbunyi agak kelakar…
" Kehidupan itu bukanlah sebuah ranjang yang dipenuhi mawar-mawar.."
Hehe;p
Saya sejujurnya mengakui hakikat bahawa..zaman belajar itu lebih indah..lebih menceriakan..Zaman yang mana saya amat benci kerana perlu menyiapkan assignment yang seperti mahu mendera otak dan jiwa saya. Zaman yang mana orang lain cuba treat kita bagai seorang kanak-kanak yang bodoh tidak tahu apa-apa…Zaman yang mana tak punya apa-apa pendapatan dan sering mengharapkan belas ihsan orang lain atau pon pinjaman pendidikan yang seringkali tidak cukup…
Terbukti, zaman itu lebih menenangkan hati dan jiwa raga saya.
Bak kata sang pujangga, " Hakikat hidup itu adalah sesuatu yang sangat pahit untuk ditelan."
Cabaran dan dugaan yang Tuhan berikan pada seisi umat manusia adalah sangat sesuai dengan zaman, tahap umur dan juga tahap pemikiran masing-masing…Mana mungkin saya yang sudah berumur 24 tahun ini menghadapi cabaran yang selayaknya dihadapi oleh kanak-kanak berusia 9 tahun..
Maka kerana itulah,.....
Saya masih di sini..mencari dan terus mencari..dan mencari lagi...sesuatu yang saya betul-betul mahu lakukan di dalam hidup ini.
0 comments:
Post a Comment