Sudah tiga hari saya berada di Ipoh..tidak perlulah diceritakan kenapa dan mengapa saya berada di sini.
Saya hanya menurut gerak hati..entah betul atau tidak gerak hati saya kali ini, itu saya tidak tahu dan tidak mahu tahu.
Hari ini, saya bagai terpanggil untuk menyatakan sesuatu yang saya rasa...sesuatu yang saya tidak puas hati sebenarnya.
Ok, biar saya mulakan segala-galanya dengan ayat di bawah:
"Eh, kite tak biasalah makan makanan macam ni. Kite tak biasa makan makanan orang susah....bla..bla.bla..."
Dia baru sahaja berumur 10 tahun, dan dia sudah tidak segan silu menghina sesuatu yang dianggap berharga..makanan. Saya tidak kisah dia anak, cucu dan cicit siapa. Mahu saja saya jeritkan ditelinganya, Hey Kid how you differenciate between food orang senang a.k.a food orang kaya dengan food orang miskin? The most delicicious food in the world does not necessarily be the most expensive one.
Saya lebih rela hidup dengan makan nasi dan sambal belacan

Saya lebih kemaruk bila teringatkan cendol mamak dekat tepi jalan

daripada segala jenis macam dessert yang terhidang di hotel-hotel besar.

Pernah tak kita terfikir kenapa setiapa kali kita makan ramai-ramai, bila ada family gathering contohnya, even masa tu kita makan food yang paling simple dan kita rasa macam sedap sangat. The way you eat the food, the feeling when you eat the food, the feeling of how you really appreciate the food selalunya akan menentukan makanan yang kita makan tu jadi semakin sedap atau tidak. Jadi kita tak perlu hairan kenapa kita lihat anak-anak orang miskin yang serba daif tu sangat berselera walaupon makan nasi dengan ikan masin, pucuk-pucuk daun sebagai ulam-ulaman, dan mereka nampak sangat berselera. Mereka tidak punya pilihan, hanya makanan itu sahaja yang ada, dan makanan itulah yang akan membantu mereka untuk meneruskan hidup di muka bumi Tuhan ini.
Makanan itu rezeki...so, sesiapa sahaja yang tidak menghargai makanan itu boleh lah dikatakan tidak menghargai rezeki juga.
Rezeki itu Tuhan yang bagi.
Sememangnya, saya tidak patut menyalahkan kanak-kanak itu. Dia masih mentah usianya, segala-galanya dibentuk oleh sepasang manusia yang diberi nama 'ibubapa'. Ataupon mungkin ibubapanya juga terlepas pandang akan sikap kurang sihat yang mula terbit dalam diri kanak-kanak itu. Dia bakal membesar menjadi seorang anak orang kaya yang sangat 'TIPIKAL'. Untuk lebih glamour, jenis mereka inilah yang akan join politik, buat kerja-kerja amal yang kononnya untuk membela nasib rakyat. Sungguh mereka kasihkan rakyat, sedih dengan nasib dan kesusahan yang terpaksa dilalui oleh rakyat. Hari ini dia terpekik terlolong untuk membela nasib rakyat yang miskin lagi serba daif, hari esok anak bininya shopping di Harrods bagai separuh gila...
Rezeki yang melimpah ruah itu tidak ada salahnya..
Buat kerja amal itu juga tidak ada salahnya...
Berjuang untuk membela nasib rakyat itu juga sudah tentu tidak ada salahnya...
Tidak menghargai rezeki...itu salah..

0 comments:
Post a Comment