Friday, September 11, 2009

WOI 'KALIAN' BAJET APE???

Selama ini saya ini sangat mengagumi karyanya Hamka, saya sangat tersentuh hati tatkala menonton Tentang Dia, saya mengaku pernah gilakan Duta, saya pernah juga ketawa menonton Upik Abu dan Laura walau komen saya selepas itu pastinya panjang berjela. Dan hari ini saya sangat BENGANG dan SAKIT HATI dengan manusia-manusia yang sengaja mencari angkara.

Pernah belajar International Law? Kalau tak pernah pon tak pe..at least semua orang mesti ade common sense, general knowledge kan? Ok, di antara semua-semua negara yang berdaulat dalam dunia ni, untuk memisahkannya di antara satu dengan yang lain, border line ataupon garisan sempadan mesti diwujudkan. So that, xde laa yang akan bergaduh then claim “Itu gue punya!” “That very small almost invisible island is ours!”…and of course there are certain circumstances yang bila mana konflik-konflik tertentu tidak dapat dielakkan. Masa berubah, keadaan geographical pon turut berubah…so xboleh nak elak laa kan.

Kita wujudkan border line untuk tentukan sempadan antara negara, kita wujudkan juga passport dan IC untuk bezakan kewarganegaraan kita,…Ok, sekarang beritahu pada saya bagaimana untuk kita hadkan sempadan antara budaya. Bagaimana untuk kita bezakan yang ini budaya kita dan yang itu budaya mereka sedangkan sejarah membuktikan asalnya kita dari rumpun yang sama. Paras rupa kita hampir sukar dibezakan, kita bertutur di dalam bahasa yang hampir serupa walau dengan dialek yang berbeza..Jadi? Apa masalahnya?

Kesilapan yang sedikit yang tidak tahu akan angkaranya siapa itu diakatakan telah menghina..

Perlakuan membakar, mengutuk, mengugut, mengungkit itu dan ini..rasanya itu lebih hina.

“Kalian” bajet ape ye?

Tarian itu mampu membawa kamu ke syurga?

0 comments:

Post a Comment