Monday, May 10, 2010

ITU YANG BERNAMA DERITA (deritakah?)

Lagi beberapa minggu je lagi.

Maka akan habislah derita seksa yang saya tanggung ini.

Ada org kata, untuk berjaya maka kita perlu harungi beberapa siri kegagalan yang sama besarnya dengan kejayaan yang bakal kita terima.

Maksudnya, andai anda impikan untuk miliki sebuah mahligai indah, maka kegagalan yang sama tinggi nilainya juga perlu anda lalui dahulu. Emm...so ladies dont be sad if u've been cheated/dumped by a moron-nerdy-doctor-ish or so-so guy with long eye lashes..dont worry Brad Pit clone will come sooner or later..hehe

Ok kita sambung balik.

Kadang kala bila kita selalu sangat hidup susah, saya jadi benci dengan kehidupan sendiri. Saya jadi benci tengok orang yang tak perlu keluar apa-apa effort tapi hidup diorang senang lenang..saya jadi jealous bila diorang ni boleh dapat apa yang diorang nak tanpa perlu paham akan erti deritanya orang seperti saya yang tak habis-habis "berakit-rakit ke hulu berenang-renang ketepian" (walaupun pada hakikatnya saya tak pernah naik rakit apatahlagi tahu berenang :p)

Dengan minda yang kurang waras bersama dengan perasaan cemburu yang semakin meluap-luap pada mereka yang tiada apa-apa effort tu...saya selalu fikir kenapa saya perlu berasa sakit dan seksa untuk hidup senang dalam masa 10-20 tahun akan datang? Dan mereka yang tiada apa-apa effort tu tak perlu sakit seperti saya tapi mampu juga untuk terus hidup senang lenang malah mungkin juga lebih senang dari saya dalam masa 10-20 tahun akan datang.

Dan saya sedar.

Mungkin Tuhan tak bagi pada saya jutaan ringgit.

Tapi Tuhan bagi saya akal fikiran yang tak boleh saya nilaikan dengan mana-mana material dunia.

Tuhan juga bagi saya 'manusia-manusia hebat' yang bila-bila masa sahaja akan membantu tiapkali air mata derita saya menitis.

Mungkin juga Tuhan telah tetapkan saya untuk menjadi 'survivor' dalam kehidupan saya sendiri.

Mungkin juga mereka yang tiada apa-apa effort itu merasai derita yang berlainan bentuk dari saya.

Mungkin Tuhan mahu ingatkan saya yang derita dan bahagia itu adalah satu 'pasangan' yang tidak tahu mana akan tiba dahulu.

Ok. sudah punya konklusi sendiri.

(mahu sambung buat kerja, sambil membelek-belek tapak black flats yang saya pakai setiap hari yang makin menipis dimamah jalanraya Kota Kuala Lumpur ini. Wahai kasut, alangkah bagusnya jikalau dirimu itu lemak-lemak dan selulit tegar..hee)

Sabarlah wahai hati,
Tenanglah wahai diri.
Ingat inilah jalan yang aku, Si akal,engkau wahai Si hati..pilih..dan Si diri kau hanya mengikut sahaja.
the Tribe has spoken. si ZARA itu Survivor..

0 comments:

Post a Comment