Tuesday, August 31, 2010

Saya kata MERDEKA!

Teringat dulu masa zaman sekolah rendah.

Bila tiba je bulan Ogos sibuk cikgu2 kita decorate sekolah dengan Jalur Gemilang. Akan ada macam2 acara sepanjang bulan Ogos tu antaranya pertandingan lukis poster kemerdekaan, pertandingan menulis karangan, sketsa dan segala2 galanya bertemakan MERDEKA.

Dulu masa saya darjah 5 ade peristiwa kelakar gak laa yg berlaku masa saya dan Ida (kawan saya dari tadika smpi sekarang) wakil sekolah untuk satu pertandingan melukis sempena hari kemerdekaan. Masa tu pulun saya memujuk Mak dan Kak Uda untuk belikan saya kaler pensil Luna yang 36 batang tu..yg casing dia besar gedabak yang bila bawak masuk kelas perasaan bangga akan datang meluap-luap dan hidung bukan main tinggi kat kawan2 satu kelas..(motif?haha). Dipendekkan cite, saya dapat kaler pensil tu dan secara tidak langsung impian yang saya pasang dari darjah satu itu terlaksana akhirnya.

Ok back to the story pasal pertandingan melukis tu. Sepanjang bulan sebelum tiba hari pertandingan saya dan Ida berusaha sedaya upaya lukis 7-8 lukisan bersempena hari kemerdekaan...Letih gak laa and cikgu pon puas hati..Habis segala motif jalur Gemilang, bunga raya, multi racial cartoon, banggunan Sultan Abdul Samad, motif bunga api, Tunku Abdul Rahman, Kota A Famosa kami berdua cuba lukis..(tengok bersungguhkan saya dan Ida practice..sebab bajet nak menang..dan Ida lagi talented dari saya itu pasti)

Ok dan bila tiba hari pertandingan saya dan Ida berjalan dengan gaya penuh yakin sambil kedua-duanya membimbit kaler Luna tanda kebanggan tu di tangan berserta kertas lukisan. Masa diberi lebih kurang sejam setengah...saya mula melukis. Selepas setengah jam saya dan Ida sudah xsedap hati..kami pandang sesama sendiri dan melihat semua contestant di kiri dan kanan...Hati saya berdegup kencang..nervous..tapi masih terus melukis walau tidak sepenuh hati. Segala motif lukisan sudah hampir siap cuma perlu diwarnakan sahaja. Ida sengih pada saya. Saya juga sengih pada dia.

Dari jauh saya lihat cikgu pengiring merangkap penasihat kami untuk pertandingan tu berlari2 anak dari jauh ke arah kami.

Saya makin tidak sedap hati. Menanti.

"Eh korang berdua dah siap lukis ke?"

Saya jawab: "Tak siap lagi tinggal nak kaler"

"Eh cikgu lambat bagtahu korang sebab cikgu pon tersilap selama hari ni. Baru sekejap tadi cikgu tahu..tema pertandingan hari ni bukan hari kemerdekaan tapi 'Manjung Permai' (Manjung tu nama daerah tempat tinggal saya) Eh, Kamu selitkan je laa slogan "Manjung Permai' tu kat mane2"

Saya dalam hati: Memang dah agak, patutlah contestant sebelah aku dari tadi dok lukis gambar pantai..ape kaitan dengan Merdeka? Pantai tanda merdeka kah? Pantai Merdeka?

Maka sudahnya lukisan saya dan Ida adalah bangunan Sultan Abdul Samad yang mana di atasnya terdapat slogan Manjung Permai. Hahaha..

For sure kami xmenang..xpayah cite.

Sekian..

Happy Merdeka Day to all.

0 comments:

Post a Comment