Saturday, September 18, 2010

Marilah berbaik-baik.

  • Eh korang buat baik kat orang lain untuk ape eh?
  • Ustaz saya masa kat Matrik dulu pesan kita buat baik dekat orang lain niat hanya kerana Allah Taa'la. Dia remind lagi, please never ever expect anything in return from orang yang kita dah lakukan kebaikan tu. Dia cakap lagi, bila kita ikhlas tolong orang insyaAllah Allah pasti beri kebaikan yang serupa malah belipat kali ganda pada kita sebagai balasan.
  • Tapi orang tua dulu2 pulak pesan, "buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali". Nak lakukan kebaikan pon nak kena ada limit ke?
  • Tapi tak leh nak cakap jugak. Selalu je kita dengar atau saksikan dengan mata sendiri yang manusia yang pernah kita tabur dengan segala macam kebaikan tu jugak lah yang akan mengkhianati kita. Dah namanya manusia. Dah namanya dunia. Sebab tu Tuhan bagi buat pinjam je.
  • Ok sekarang saya dah faham.
  • Berbalik kepada perenggan pasal pesanan Ustaz saya tadi. Buat baik kerana Allah. Bukan kerana mengharapkan apa2 balasan, bukan kerana mengharap sekeping kad ucapan thank you atau appreciation, bukan kerana harap esok lusa manusia tu akan tolong kita balik, bukan kerana nak kan nama..bukan kerana apa melainkan kerana Allah. Yang penting ikhlas. Allah suruh kita berbuat kebaikan. Kalau hari ini kita buat baik, esok kita terima sejuta macam bentuk pengkhianatan, atau segala macam bentuk perilaku yang xberapa baik sebagai balasan. Mungkin Allah sedang menguji. Allah mahu lihat sejauh mana kita mahu menabur kebaikan di muka bumi ini.
  • Allah kan uji orang yang Dia sayang.

0 comments:

Post a Comment