Sunday, March 6, 2011

Mereka

Mereka selalu minta saya jadi seperti mereka.

Mereka kata hidup ini tidak ada yang mudah.

Mereka pesan saya perlu bersusah dahulu,pasti senangnya kemudian.

Mereka cerita pengalaman mereka dahulu lebih dasyat.

Mereka cakap pahit getir hidup yang mereka tanggung dulu sangat hebat.

Mereka kata Kota Lumpur itu jadi saksi segalanya.

Mereka dahulu meredah debu-debu Kota,berpanas berhujan,cari sesuap rezeki.

Mereka berhempas pulas kerja,untuk mak,adik-adik di kampung.

Mereka tidak mahu saya jadi manja.

Mereka marah tegah saya supaya jangan sekali berlagak.

Mereka kadangkala anggap saya bagai seorang yang sangat mengada-ngada.

Mereka fikir saya lemah, fikiran sempit ikutkan hati muda.

Mereka suruh saya jadi seperti mereka.

Mereka semakin tidak memahami.

Mereka tidak pernah melihat situasi yang saya hadapi.

Mereka hanya tahu melarang.

Nasihat,pesan..kadang-kadang marah.

Segala apa yang telah mereka korbankan untuk saya.

Tidak pernah walau sesaat pun saya lupa.

Saya sayangkan mereka.

Cuma kali ini.

Saya minta untuk lebih difahami,lebih dimengerti.

Saya tidak ikut rasa hati.

Cuma guna akal fikiran yang Tuhan beri.

0 comments:

Post a Comment