Sabtu 9.7.2011 yang sangat lapang di rumah tetapi tidak di jalan raya. Sabtu yang mana telah saya putuskan untuk basuh baju dan iron semua office wear yang ada (sesungguhnya saya tidak pernah serajin ini) pergi kedai runcit, masak Laksa Mee, layan SATC untuk ratusan kalinya, tidur dan bangun entah berapa kali.
Sedang saya enak dibuai mimpi di siang hari, ketika itu juga rata-rata teman-teman SEBANGSA saya sedang berkumpul menuntut satu makna demokrasi.
Lagi-lagi BANGSA yang satu ini juga. Berkumpul susah payah mengheret anak dan bini. Disembur pemedih mata di sana dan di sini.
Yang lain-lain? Mungkin hanya tersenyum sekadar memerhati. Ketawa juga barangkali.
Ya, saya tahu ini bukan isu bangsa. Ini isu demokrasi ke arah Malaysia yang lebih telus, adil dan BERSIH.
Cuma terfikir, takut-takut hanya jadi medium memenuhi matlamat mereka-mereka yang lain.
Mungkin saya ini sedikit paranoid, penakut, ‘totok’..ahh labelkan lah apa sahaja.
Ke manapun saya pergi, saya tetap si ‘totok’ yang masih tetap berterima kasih atas DEB.
0 comments:
Post a Comment