Lagi2 entry pasal ni.hmmphh.
Masuk kali ni, dah 4 kali percubaan nk tender that letter xjadi. Untuk kali yang ke-4 ni, lady-boss not in the ok super nice baik mood. So surat, sila masukkan diri kau ke dalam tong sampah ye.
Agak frustrating sebenarnya. Bila langsung tak tahu apa yang kau nak dalam hidup ni. Rasa kosong. Hari2 kau repeat routine yang sama je. Bangun pagi pergi kerja, redah debu2 kota, traffic jem yang membuat kau xberhenti sumpah seranah, buat kerja, lunch,sambung buat kerja, bukak facebook & twitter, sambung buat kerja, balik kerja, redah lagi traffic jem dgn sumpah seranah, dinner, tgk tv, tido. Esok kau bangun lagi..bla…bla..bla..buat benda yg sama lagi. Berminggu, berbulan-bulan, bertahun-tahun, berpuluh tahun. Tahu2 je bila kau sedar je, kau dah cukup tua kerepot, dan tak cukup sihat utk buat benda yang selama hari ni kau nak buat sangat2.
Kenapa rata-rata manusia mahu hidup di dalam kehidupan yang seperti telah dipatenkan? Contoh, habis belajar, masuk university, amik course utk jadi professional padahal xminat sgt pon, grad then kerja join professional field, every end of the month dapat gaji, beli kasut & handbag, mkn kat Chilli’s/Tony Romas, (bragging pasal kerja kau kat dalam facebook), cukup umur dalam 25-27 kau bertunang, kahwin, lepas tu dapat baby, beli rumah, buat loan sana sini, career climbing, invest real estate, melancong kat overseas dgn family, makin hari makin tua.
To make it worst kau tinggal pulak dalam society yang mana bila kau xhidup macam diorang, kau akan dipandang dan dicop di dahi sebagai pelik dan tidak berjaya. Bila umur kau dah 27,28 tapi kau masih single dgn memiliki jumlah kawan perempuan yang melebihi jumlah kawan lelaki kau yang hanya boleh dikira dengan jari sebelah tangan kanan sahaja, maka mereka akan melihat kau sebagai seorang yang LOSER/ kurang berjaya dalam hidup. Diulangi sekali lagi ye, kalau mahu dilihat berjaya maka kita perlu hidup di dalam paten kehidupan seperti yang dinyatakan di dalam perenggan 3 tadi.
Ahh penat.
Rasa macam esok jugak nak pi migrate London ke Paris ke. Tak kisah lah jadi ape2 pon. Tukang sapu & cuci toilet pon boleh.
Ahh.kalaulah ianya se-simple itu.