Sunday, February 12, 2012

melankoli konon.

Dah boleh dikatakan agak lama tidak menulis sesuatu. Ya, sesuatu.

Beratus kali attempt nak menulis, ended up rasa macam tiada apa yang menarik untuk dicerita, diluah, dikongsi bersama. Hmm…melankoli tak habis-habis. Jujur, tidak mahu menghasilkan ratusan entry-entry emo sepanjang tahun, sepanjang masa yang mana sudahnya tidak langsung dapat meyumbangkan apa-apa kesan positif dalam hidup.

Sudah hari ke-12 di bulan Februari tahun 2012 rupanya. Bukan saya tiada cerita mengenai tahun baru, tapi tu lah macam yang saya katakan tadi, asyik-asyik melankoli, saya sendiri rasa sick dengan diri sendiri :p apatahlagi orang lain.

Tiada sebarang celebration untuk tahun baru hari tu. Dah almost 10 years saya duduk di KL ni, langsung sekalipun tak pernah ‘berjimba’ celebrate new year. Mungkin saya ini tidak cukup HIP. Pengisian sepanjang tahun itu sendiri rasanya jauh berjuta kali lebih penting daripada saya countdown tengok bunga api kat Dataran Merdeka.

2012, saya harus belajar lebih menghargai kehidupan sendiri. Lebih bersyukur. Tambah kepercayaan pada setiap perjalanan hidup yang Dia telah tetapkan. Belajar untuk tidak lari sebaliknya perlu jadi lebih tabah dan kental. Belajar untuk merealisasikan setiap impian dan kata-kata. Hargai mereka yang menghargai. Sayangi mereka yang menyayangi. Ingati mereka yang mengingati. Berhenti mengeluh dan mengeluh dan mengeluh. Praktikkan cara hidup yang lebih sihat. Buka mata, buka minda, buka hati. Belajar untuk menerima bukan mempersoalkan. Perlu ikhlaskan hati dalam segala-galanya.

Mahu ucapkan selamat tinggal pada diri yang dulunya selalu melankoli.

Mahu hidup lebih positif, penuh makna.

Baiklah, sekian untuk kali ini.

Jumpa lagi.

0 comments:

Post a Comment