Tak enjoy pon sebenarnya buat entry sebegini.
Hmmm.
Bila dah umur-umur macam ni, rasa macam dah agak tua untuk beremosi dan bertindak seperti remaja belasan tahun. Rasa macam sangatlah inappropriate untuk melepaskan rasa kecamuk jiwa, tantrum kepada orang-orang di sekeliling yang innocent tak tahu apa-apa. Rasanya sama meluat seperti melihatkan Rozita Cik Wan memakai mini skirt ala-ala K-Pop bersama dengan justification beliau yang terlalulah bimbo bunyinya.
Ha, rasanya seperti itulah. Sesuatu yang dibuat tidak bersesuaian dengan usia.
Meluat, tapi rasa macam cakap pon dah tak berguna.
Mampu tengok je. Serius, rasa macam nk tanam periuk api kat territory dia.
Umur 14 dulu, mungkinlah boleh bebal, campak barang sana sini. Scientifically mungkin sebab hormone masih belum stabil dan akal masih cetek.
Dah umur-umur macam ni hormone bergelora lagi ke?
Orang cakap, age comes with wisdom. Supposed lah kan?
Manusia yang bangga menggelarkan dirinya dah besaqqq panjang harus belajar mengendalikan emosi sendiri dengan cara yang lebih dewasa. Bukan untuk kepentingan siapa-siapa pon, tapi untuk diri sendiri.
Dan kalau pada diri sendiri pon kita tidak mahu memberikan kebaikan,
Hmmpphhh..esok resign saja daripada menjadi manusia.
Senang.
p/s: orang sekarang enjoy lepas emo kat dalam twitter. nak tulis kat dalam twitter xcukup space.kat sini,puasssssss. Hamik! (even sedikit tidak gembira)